Refleksi Minggu 2
Salam Perak Aman Jaya
2 Mac 2013
Kelas pada hari ini lebih berkisar kepada tugasan yang perlu disiapkan oleh semua pelajar yang mengikuti kursus ini. Terdapat pelbagai tugasan yang perlu dilengkapkan diantartanya menyiapkan karangan bertajuk "School in Cloud" yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Disamping itu juga perbentangan mengenai pengunaan Software percuma yang perlu dilakukan oleh setiap kumpulan kumpulan bagi setiap minggu. Diantara software yang dicadangkan ialah Picasa, Chem-Studio, Chem-scratch dan lain-lain lagi. Pada hari ini juga modurator kursus ini, Cik Hajjah Asmayati menerangkan kepada semua bagaimana untuk menghasilkan borang kaji selidik mengunakan Google drive, sememangnya baru bagi saya.
- Kekuatan : Borang kaji selidik dapat disiapkan dengan cepat kerana aplikasi Google drive ini sudah mempunyai acuan @ template yang sesuai untuk melakukan sebarang kaji selidik
- Kelemahan: Sama seperti saudara Fariz, jika disedikan handout proses p&p ini akan menjadi lebih mudah dan senang difahami.
0 comments :