Refleksi Minggu ke 6

Salam Perak Aman Jaya 

Jadi Pada minggu ini, perbentengan mengenai dua lagi perisian percuma iaitu Microsoft Publisher dan Chem sketch. Kedua-dua perisian ini bagi saya merupakan perisian yang menarik dan sangat berguna bagi guru terutama sekali Chem Sketch. 

Microsoft publish digunakan di dalam menyiapkan poster, poskad, kad dan brochures. 


  • Kebaikan : mudah digunakan kerana mempunyai menu pilihan yang boleh dipilih oleh penguna sama ada inginkan hasil nampak ringkas atau sebaliknya. Ianya juga senang digunakan dan senang untuk diformat mengikut kesesuainya penguna 
  • Kekurangan : Mengambil masa yang lama untuk proses "installation" dan "layout" yang sangat sukar untuk diubah 
  • Penambahbaikan: Perlu sedikit kreativiti dalam menghasilkan poster @ kad yang lebih menarik 
Perisian kedua adalah Chemsketch adalah perisian yang digunakan untuk melukis struktur sesuatu sebatian kimia, menulis persamaan kimia mengunakan formula kimia dan menyiapkan gambar rajah 2 dimensi (2d)  yang diperlukan dalam melakukan eksperimen. Perisian yang sangat berguna terutama sekali kepada guru terutama sekali guru kimia 
  • Kebaikan : Penerangan yang jelas dari kumpulan pembentang memudahkan proses mengaplikasi perisian ini 
  • Kekurangan: Banyak lagi yang perlu diterangkan memandangkan masalah masa yang tidak mencukupi 
  • Penambahbaikan: Lanjutkan masa penerangan 

0 comments :