Refleksi Minggu ke 6

Salam Perak Aman Jaya 

Jadi Pada minggu ini, perbentengan mengenai dua lagi perisian percuma iaitu Microsoft Publisher dan Chem sketch. Kedua-dua perisian ini bagi saya merupakan perisian yang menarik dan sangat berguna bagi guru terutama sekali Chem Sketch. 

Microsoft publish digunakan di dalam menyiapkan poster, poskad, kad dan brochures. 


  • Kebaikan : mudah digunakan kerana mempunyai menu pilihan yang boleh dipilih oleh penguna sama ada inginkan hasil nampak ringkas atau sebaliknya. Ianya juga senang digunakan dan senang untuk diformat mengikut kesesuainya penguna 
  • Kekurangan : Mengambil masa yang lama untuk proses "installation" dan "layout" yang sangat sukar untuk diubah 
  • Penambahbaikan: Perlu sedikit kreativiti dalam menghasilkan poster @ kad yang lebih menarik 
Perisian kedua adalah Chemsketch adalah perisian yang digunakan untuk melukis struktur sesuatu sebatian kimia, menulis persamaan kimia mengunakan formula kimia dan menyiapkan gambar rajah 2 dimensi (2d)  yang diperlukan dalam melakukan eksperimen. Perisian yang sangat berguna terutama sekali kepada guru terutama sekali guru kimia 
  • Kebaikan : Penerangan yang jelas dari kumpulan pembentang memudahkan proses mengaplikasi perisian ini 
  • Kekurangan: Banyak lagi yang perlu diterangkan memandangkan masalah masa yang tidak mencukupi 
  • Penambahbaikan: Lanjutkan masa penerangan 

0 comments :

Refleksi Miggu Ke- 5

Salam Perak Aman Jaya 

Untuk minggu ke 5 ini, kumpulan saya yang terdiri daripada saya sendiri Mohd Akhmal, Mohd Fariz, Taufik dan Izuddin telah membentangkan mengenai perisian percuma yang dikeluarkan oleh Google iaitu Picasa. Dapat dilihat disini perisian ini adalah satu perisian yang sangat mesra pengguna dan senang digunakan. Anda boleh mengedit gambar anda mengikut kesesuaian yang anda suka dan mengikut kreativiti tersendiri. 



  • Kebaikan : Memudahkan pengguna dengan menyusun kesemua fail gambar dan sesuai untuk semua sisterm operasi sama ada Microsoft window,Apple Mac OS X ataupun Linux 
  • Kelemahan: Pengguna perlu mahir sepenuhnya dan masa yang diperuntukan untuk penerangan daripada kumpulan yang membentang perlu lebih lama. Pembentang juga seperti saya masih kurang arif untuk mengunakan perisian ini.  
  • Penambahbaikan: Perlu lebih arif sebelum menjalankan perbentangan 


0 comments :

Refleksi Minggu 3 =)

Salam Perak Aman Jaya 

 9 Mac 2013



Perbentangan kumpulan pertama telah dijalankan dengan bertajuk " Bagaimana ingin memulakan cara untuk menghasilkan blog" Untuk perbentangan pertama ini, ahli kumpulannya terdiri daripada 
  1. Wan Mohd Faizal Bin Wan Mohd Nasir 
  2. Thanabalan A/L Munuswamy 
  3. Ezrul Helmi Bin Muhamad Razali 
  4. Durairaj S/O Ehambron 
      Secara jujurnya, sememangya saya tidak pernah terlibat dalam mengunakan blog ini dan ini adalah kali pertama saya melibatkan diri dalam menghasilkan blog. Sememangnya bagi saya yang "buta IT" sememangya sukar untuk memahami cara untuk menghasilkan drop menu, hyperlink dan lain-lain lagi. Berlaku sedikit kesukar dikalangan pelajar semasa proses perbentangan yang dijalankan ini akan tetapi hal ini diatasi dengan cepat oleh fasilitator kumpulan ini.

  • Kelemahan : Penerangan yang disampaikan sedikit tergangu disebabkan oleh kesukaran pelajar memahami bagaimana melakukan "cording"
  • Kekuatan: Penyediaan Handout yang memudahkan cara penyampaian 
  • Pembaiki: Penyediaan Handout yang lebih teliti dan mudah difahami oleh pelajar 


0 comments :

Refleksi Minggu 2

Salam Perak Aman Jaya
2 Mac 2013

Kelas pada hari ini lebih berkisar kepada tugasan yang perlu disiapkan oleh semua pelajar yang mengikuti kursus ini. Terdapat pelbagai tugasan yang perlu dilengkapkan diantartanya menyiapkan karangan bertajuk "School in Cloud" yang sedang hangat diperkatakan sekarang. Disamping itu juga perbentangan mengenai pengunaan Software percuma yang perlu dilakukan oleh setiap kumpulan kumpulan bagi setiap minggu. Diantara software yang dicadangkan ialah Picasa, Chem-Studio, Chem-scratch dan lain-lain lagi. Pada hari ini juga modurator kursus ini, Cik Hajjah Asmayati menerangkan kepada semua bagaimana untuk menghasilkan borang kaji selidik mengunakan Google drive, sememangnya baru bagi saya.
  • Kekuatan : Borang kaji selidik dapat disiapkan dengan cepat kerana aplikasi Google drive ini sudah mempunyai acuan @ template yang sesuai untuk melakukan sebarang kaji selidik
  • Kelemahan: Sama seperti saudara Fariz, jika disedikan handout proses p&p ini akan menjadi lebih mudah dan senang difahami.




 

0 comments :

Refleksi Minggu 1 =)

Salam Perak Aman Jaya

Tarikh bersejarah 23 Febuari 2013, Pemulaan bagi semester ke-2 bagi saya sebagai pelajar di Upsi. Jadi Untuk semester kali ini, saya mendaftar sebanyak 3 kertas iaitu SKA6014 Advanced Analytical Chemistry yang diajar oleh Dr. Azlan Kamari, SKP6034 Assessment in Chemistry yang diajar oleh Prof. Dr. Abu Hassan dan SKP6024 Technology and Innovation in Teaching and Learning Chemistry yang diajar oleh Cik Hajjah Asmayati Yahaya. Jadi ini merupakan kelas kedua bagi saya bersama-sama Cik Hajjah Asmayati. Seperti biasa, permulaan semester kali ini dimulakan dengan
  • Pengenalan oleh Cik Hajjah Asmayati terhadap subjek  SKP6024 Technology and Innovation in Teaching and Learning Chemistry 
  • Penerangan umum mengenai subjek ini dan tugasan yang perlu dilengkapkan oleh setiap pelajar 
  • Penggunaan google drive yang sememangnya asing bagi saya yang memang tidak mengaplikasikannya dalam kehidupan saya dan ini adalah kali pertama saya mengenali google drive 
  • Penglibatan semua pelajar dalam On-line Forum dalam My.guru yang memberikan sebanyak 20% markah dalam subjek ini 
Secara Keseluruhan, subjek ini memerlukan kami sebagai pelajar untuk melibatkan diri dalam pengunaan aplikasi google drive dan aplikasi-aplikasi lain. =)



0 comments :

Salam Perkenalan =)

Assalamualaikum W.B
  • Nama Mohd Akhmal Bin R.Azmi. 
  • Umur masih lagi muda baru 28 tahun.
  • Bertugas di sebuah sekolah di daerah Parit Buntar, Perak SMK methodist (ACS) dan mengajar subjek kimia dan sains.
  • Pengalaman mengajar baru 5 Tahun
  • Pemeriksa SPM Kertas Dua Kimia 
  • EX-Smk Baling 2003 
  • Ex-KMPP 2004 
  • Ex -UPSI 2005-2009 degree Bc.Ed. Science (Chemistry) 
  • Ex-UPSI 2012-2014  M.edu (Chemistry)
Semoga Blog ini dapat memberikan  kemudahan kepada anda semua

3 comments :